Air Kosong

Ini lagilah saya lihat ramai yang masih tidak mengamalkan dengan betul. Bila di tanya air kosong kadang-kadang segelas atau dua sahaja dan selebihnya adalah air manis. Air kosong di sarankan minum 6-8 gelas sehari ataupun 2 atau 3 liter sehari. Tapi kan ada yang cakap nanti ulang alik ke tandas lak asyik membuang. Itulah fungsi air kosong membuang toksin dalam badan , kan masa ulang alik ke tandas tu kan senaman takdala melekat aje punggung kat kerusi tu..Usaha dik nak kurus sihat ini kena usaha kalau nak tahu. Kurus  datang dalam mimpi tapi itu bukan realiti..mainan aje tu dik
Nak minum air kosong ada perisa sedap tak ?meh ikut sini ambil 1 botol diisi dengan 2 liter air kosong dan letakkan hirisan lemon dalam 1/2 biji serta letak juga hirisan timun dalam 1/2 biji . Kenapa nak buat macam ni ?Ini adalah salah satu cara detox yang mudah untuk membantu anda , air detox ini akan membantu yang ada masalah penghadaman. Amalkan tau air ni sehari sekurangnya 2 liter atau lebih.

Baca : Kebaikan Air Kosong

Comments