Air Buat Kurus?

. MINUM 8 GELAS AIR KOSONG

Semasa bulan puasa ini, kita mempunyai masa yang terhad untuk mencukupkan keperluan air kosong. Seeloknya, lebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam dan terhadkan 2-3 gelas saja pada waktu sahur kerana cara ini lebih berkesan untuk mengekalkan hidrasi tubuh.
Kalau ikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, cadangan mencukupkan 8 gelas air sehari adalah seperti ini:
  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas bersahur
  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas berbuka
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawih
  • 1 gelas sebelum tidur
kuruskan badan di bulan puasa
Foto Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia
Bayangkan, kalau kita beli macam-macam minuman manis di bazaar Ramadhan, tentu sukar untuk kita minum 8 gelas macam yang dicadangkan ini, bukan?

Comments